Kredit BBP Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan itu terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 20 meter berhampiran Ladang Serasa di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang PBK II Nurhidir Kasim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.11 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 65 kilometer dari balai bomba itu.

Kredit BBP Gua Musang

“Anggota perlu menggunakan kren daripada pihak swasta untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dan operasi ditamatkan pada 12.29 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here