Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen

GEORGE TOWN – Tiada mangsa yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang, malam tadi.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco) Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, seramai 21 mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu semuanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 11 mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) menggunakan ambulans, manakala 10 lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan memilih untuk mendapatkan rawatan sendiri di hospital berkenaan.

“Daripada 10 mangsa berkenaan, hanya tujuh yang hadir ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.

“Jumlah keseluruhan pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan HSJ adalah seramai 18 orang dan semuanya mengalami kecederaan ringan.

“Tiada mangsa yang memerlukan kemasukan ke wad susulan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel berkaitan: 21 cedera feri bertembung kapal di Butterworth

“Saya ingat feri nak karam” – Mangsa feri bertembung kapal

MalasysiaGazette malam tadi melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam tadi, Feri Teluk Bahang dilaporkan bertembung dengan kapal tangki MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, kapal tangki berkenaan sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), manakala Feri Teluk Bahang dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).

Beberapa rakaman video kejadian turut tular di media sosial memaparkan keadaan beberapa mangsa yang cedera, selain beberapa motosikal dilihat tumbang di dalam feri susulan perlanggaran berkenaan.

Perkhidmatan feri dilaporkan berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan insiden berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here