Tangkap layar berhubung penemuan bayi berkenaan yang tular di media sosial.

BAYAN LEPAS – Seorang bayi ditemukan dalam keadaan masih bernyawa di dalam tong sanitari berwarna biru yang disediakan di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, semalam.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan penemuan uri dan tali pusat yang masih bersamanya ketika ditemukan.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi tiga rakaman video yang memaparkan penemuan bayi berkenaan di dalam tong sanitari terbabit.

Difahamkan, seorang lelaki dan wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan bayi terbabit ditahan pihak polis.

Malaysia Gazette sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak polis berhubung penemuan bayi serta tangkapan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here