KUALA LUMPUR – Selangor FC kekal perlu beraksi tanpa kehadiran penyokong pada perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala FA 2026-2027 menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan Mahkamah Timbang Tara menerusi Emergency Sole Arbitrator semalam menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman yang difailkan Selangor FC.

“Permohonan secara kecemasan itu dibuat di bawah Rule 23 AIAC Rules 2026 dan didengar pada 5 petang waktu Malaysia, semalam.

“Susulan keputusan tersebut, hukuman ke atas Kelab Bola Sepak Selangor untuk bermain di stadium tanpa kehadiran penyokong bagi perlawanan Piala FA musim 2026/2027 menentang Sabah pada 9 Sept 2026 di gelanggang sendiri kekal berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, skuad Gergasi Merah itu membuat rayuan berhubung hukuman bermain di stadium tanpa kehadiran penyokong yang dikenakan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 15 Nov tahun lepas.

Hukuman itu kemudian dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan FAM pada 26 Nov tahun sama susulan insiden membabitkan kelakuan penyokong serta penganjuran perlawanan.

Bagaimanapun, menurut FAM proses pendengaran penuh berhubung rayuan Selangor terhadap kes itu masih terbuka dan akan diteruskan mengikut proses timbang tara yang ditetapkan.

Selangor dan Sabah terikat 2-2 pada aksi pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada Rabu lepas. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here