Eiffel Tower

PARIS – Menara Eiffel dijadualkan dibuka semula pada Selasa (8 September 2026) selepas kakitangannya melakukan mogok sebagai bantahan terhadap tindakan mengetepikan pekerja wanita ketika lawatan sebuah kumpulan agama Hindu.

Kumpulan itu kemudiannya memohon maaf.

Syarikat pengendali mercu tanda Paris itu, SETE, mengakui bahawa delegasi Hindu berkenaan meminta lawatan tersebut diatur dengan mengehadkan “interaksi dengan wanita” dan mengakui “syarat sebegitu tidak sepatutnya diterima.”

Syarikat itu berkata, Menara Eiffel dijadualkan dibuka semula pada Selasa selepas pertemuan antara kakitangan dan pihak pengurusan pada hari sebelumnya.

Gerakan kerohanian Hindu, Bochasanwasi Akshar Purushottam Swaminarayan Sanstha (BAPS) memohon maaf atas “sebarang kesakitan atau kesulitan yang ditimbulkan” akibat kejadian berkenaan.

“Setakat pengetahuan kami, tiada sesiapa pada bila-bila masa dihalang daripada memasuki Menara Eiffel.

“Disebabkan saiz delegasi kami, lawatan itu diatur bersama pasukan Menara Eiffel pada awal waktu operasi biasa bagi mengelakkan gangguan atau kesulitan kepada pengunjung lain,” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan di X.

Sementara itu, kakitangan Menara Eiffel dalam satu kenyataan mengecam “arahan profesional yang menyebabkan pekerja wanita diketepikan, digantikan dan seolah-olah tidak kelihatan hanya kerana jantina mereka” ketika lawatan delegasi tersebut.

Menurut mereka, pekerja wanita Menara Eiffel dan pekerja wanita daripada syarikat kontraktor diarahkan supaya tidak kelihatan ketika menyambut delegasi berkenaan.

“Kami terkejut kerana diletakkan dalam situasi sedemikian.

“Sebahagian daripada mereka diminta meninggalkan tempat bertugas dan berundur ke kawasan lain. Di beberapa lokasi, mereka digantikan oleh lelaki.

“Semua pekerja wanita turut diarahkan supaya tidak melalui atau melintasi kawasan tertentu sepanjang delegasi berada di situ,” menurut kenyataan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here