Screenshot

MARAN – Seramai 17 pesakit termasuk 11 kanak-kanak terselamat dan tidak cedera dalam kebakaran kecil merosakkan siling wad kanak-kanak dan wanita di Hospital Jengka, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran di bangunan hospital itu pada jam 7 malam.

“Hasil maklumat dari JBPM Pahang, kebakaran itu berpunca dari atas siling bangunan wad kanak-kanak dan wad wanita, yang menyebabkan kira-kira 10 peratus pendawaian serta siling mengalami kerosakan.

“Enam kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan enam wanita yang berada di wad berkenaan berjaya menyelamatkan diri, dan tiada seorang pun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, punca kebakaran dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan JBPM Pahang.

Terdahulu, klip rakaman video kejadian tular di media sosial memaparkan situasi panik beberapa individu dan kakitangan hospital tersebut selepas mendapati wad terbabit terbakar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here