Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar

MELAKA – Polis Melaka menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya cuti anggota  di Kontinjen Melaka dibekukan bermula 20 September ini sehingga satu tarikh yang akan diberitahu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hantaran yang tular di laman sosial Facebook itu adalah palsu dan tidak mempunyai asas.

Beliau berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang mendakwa cuti anggota PDRM Kontinjen Melaka dibekukan bermula 20 September, selain dikaitkan dengan perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“PDRM Kontinjen Melaka menafikan sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan berita tidak sahih di media sosial mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” tegasnya.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook tular memaparkan dakwaan bahawa cuti anggota yang berkhidmat di Kontinjen Melaka dibekukan bermula 20 September 2026 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu, dengan tanda pagar #hangatkianterasa dan #PRNMelaka.

Penyebaran hantaran berkenaan mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial berikutan spekulasi mengenai kemungkinan PRN Melaka yang semakin hampir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here