Himpunan anjuran Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (PERKAM) bersama Dr Siti Sr Raw itu diadakan bagi menuntut ketelusan dan penjelasan daripada PERHILITAN berhubung isu penghantaran tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun ketika di Ibu Pejabat PERHILITAN, Cheras. Foto AIMAN RIZAL, 10 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Ada yang sanggup datang dari Johor Bahru ke ibu kota semata-mata menyertai himpunan aman mempertahankan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (D.A.K).

Ia semua didorong rasa tanggungjawab untuk memastikan hidupan liar negara terus dilindungi.

Peserta Perhimpunan Aman “Rakyat Malaysia Bersuara Kembalikan Dara, Amoi & Kelat”, Datuk Adam Malik Yunus melihat usaha mempertahankan haiwan liar sebagai tanggungjawab bersama rakyat Malaysia terutama bagi memastikan generasi akan datang masih berpeluang mengenali dan melihat haiwan seperti gajah dan harimau.

Aktivis Haiwan, Datuk Adam Malek Yunus bercakap kepada media pada Himpunan Aman di hadapan Ibu Pejabat PERHILITAN di Cheras, hari ini. Foto AIMAN RIZAL, 10 SEPTEMBER 2026.

“Saya datang dari Johor Bahru sebab saya rasa ada satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk melindungi haiwan-haiwan liar Malaysia terutama gajah-gajah supaya generasi akan datang dapat tengok apa itu gajah, apa itu harimau.

“Sekarang kita tengok sudah berkurangan. Kalau pelancong nak datang tengok gajah, datang sahaja ke Malaysia. Bukankah itu akan dapat menambah sumber ekonomi Malaysia?” soalnya ktika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang terlibat dalam perniagaan logistik berkata, isu berkaitan hidupan liar turut menyentuh hatinya kerana kecintaan terhadap Malaysia perlu disertai dengan usaha memelihara hutan tropika serta haiwan negara.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai kelapangan masa termasuk mereka yang sudah bersara, untuk turut menyokong usaha mempertahankan kebajikan hidupan liar.

“Saya tengok dalam petisyen sudah ramai yang tanda tangan, dekat 200,000 orang. Jadi mungkin mereka tak ada masa.

“Siapa yang ada masa dan siapa yang dah bersara, punya masa, sila sertai. Semoga kita ada usaha rakyat Malaysia bersuara untuk membebaskan gajah-gajah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pulangkan segera D.A.K dengan selamat, kami ada bukti gajah itu ‘terseksa’ – NGO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here