Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan bercakap pada sidang media selepas Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memilih masa paling tepat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi memastikan momentum sokongan yang mula kembali kepada parti itu tidak terhakis.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khas berkata, selepas tiga tahun berlalu, perkembangan semasa menunjukkan PRU16 wajar diadakan dalam tempoh terdekat sekiranya UMNO mahu mencipta kejayaan lebih besar.

Beliau berkata, perkara paling penting ketika ini ialah memastikan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat dikekalkan.

“PRU semuanya bersoal dengan masa. Jika masa itu sesuai untuk UMNO, masa itu perlu dilakukan.

“Kalau tidak, ia akan jadi seperti peristiwa terdahulu apabila masa tidak memihak kepada kita dan mengakibatkan kita kehilangan sokongan,” katanya kepada MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menyifatkan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada PAU2026 kali ini sebagai antara ucapan paling lengkap dan berkesan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Jelasnya, ucapan berkenaan turut memberikan gambaran jelas mengenai persediaan UMNO menghadapi PRU16.

“Kita rasakan sokongan itu, Alhamdulillah, telah mula kembali kepada UMNO dan BN. Kita mengharapkan momentum itu dapat dikekalkan.

“Dari dalam kita berlawan. Kita lawan sampai habis,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here