Pengerusi Umno Johor merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 MEI 2026
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 harus menjadi medan untuk ahli parti bermuhasabah, merapatkan saf dan menyatukan tekad kerana kekuatan UMNO bukan hanya pada usia atau sejarahnya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara lebih penting ialah sejauh mana perjuangan UMNO kekal dekat dengan rakyat serta mampu menawarkan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi mereka.

“Semoga Perhimpunan Agung UMNO 2026 menjadi pemangkin kepada pengukuhan parti dan permulaan kepada langkah yang lebih tersusun untuk melakar masa depan bangsa dan negara.
“Teruskan merapatkan saf, memperkukuh muafakat dan istiqamah berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya satu hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini.
Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor senada dengan ucapan Jurucakap UMNO Johor merangkap Pencadang Usul Ucapan Dasar Presiden, Mohd. Fared Mohd. Khalid yang membawa mesej bahawa kepercayaan rakyat tidak datang secara automatik.
“Tetapi perlu dibina melalui khidmat bakti yang berterusan, dengan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat demi memastikan kemajuan Johor benar-benar membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor,” katanya.
Beliau turut berharap ahli parti menghayati Ucapan Dasar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang menngajak seluruh keluarga UMNO membaca realiti politik dengan lebih matang serta kembali menawarkan penyelesaian kepada rakyat.
“Agenda Malaysia Biru turut digariskan sebagai aspirasi membina negara yang lebih berdaulat, maju, makmur dan sejahtera demi generasi akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here