Ketua UMNO Bahagian Selayang, Dato' Hasnal Rezua Merican bercakap kepada media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Kehadiran wakil diplomatik dari 17 negara pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU2026) tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang berlaku secara kebetulan, kata Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican.

Malah, beliau menyifatkan kehadiran duta dan wakil kedutaan itu sebagai satu perkembangan dan isyarat bahawa UMNO dilihat sebagai parti yang mempunyai potensi memainkan peranan besar dalam landskap politik Malaysia selepas ini.

Menurut Hasnal, perkembangan itu perlu dilihat seiring dengan persepsi bahawa UMNO kini semakin menonjol sebagai ‘government in waiting’.

“Bila UMNO dikatakan sebagai government in waiting ataupun Perdana Menteri in waiting, saya tertarik dengan apa yang berlaku,” katanya.

“PAU ini dihadiri oleh 17 orang duta dan wakil-wakil daripada kedutaan ASEAN. Ini bukan persidangan parti tunjang kerajaan. Ini adalah parti UMNO.

“Saya rasa foreign dignitary (kenamaan asing) ini faham posisi kerajaan yang ada sekarang, dia faham the politics (politik). Jangan kata mereka datang innocently (sekadar datang), dia faham,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Hasnal berkata, negara yang menghantar wakil termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Palestin, Turkiye, Australia dan New Zealand yang menurutnya mempunyai kepentingan strategik dalam hubungan dua hala dengan Malaysia.

“Ini bukan negara Congo yang datang. Ini bukan negara San Marino. This is strategic partners (rakan strategik),” katanya.

Beliau berkata, kehadiran wakil diplomatik itu sewajarnya mencetuskan persoalan mengapa negara-negara berkenaan melihat penting untuk hadir dalam perhimpunan sebuah parti politik.

“Start questioning (mula mempersoalkan) kenapa mereka hadir PAU, jika itu tidak cukup memposisikan kita sebagai a government in waiting (kerajaan yang bakal ambil alih),” katanya.

Menurut Hasnal, perkembangan itu juga mungkin menunjukkan bahawa negara-negara terbabit sedang menilai potensi UMNO dalam landskap politik Malaysia akan datang.

“Ataupun you gagal membaca bahawa ada kemungkinan negara-negara ini turut merasakan perlu kita mewujudkan kerjasama strategik dengan UMNO sekarang because they possibly can be a government in waiting,” katanya.

Beliau memberi amaran, kegagalan membaca isyarat tersebut dengan tepat mungkin menyebabkan pihak tertentu hanya menyedarinya apabila perubahan politik sudah berlaku.

“Then maybe by the time you realise it will be too late (Mungkin apabila kita menyedarinya nanti, semuanya sudah terlambat),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here