50 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di NKVE. - Foto: FB Polis Selangor

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 motosikal disita manakala 116 saman dikeluarkan dalam Operasi Tutup Samseng Jalanan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE), awal pagi tadi.

Operasi itu turut menyaksikan 141 motosikal dan 146 individu berusia antara 16 hingga 25 tahun diperiksa bagi mengesan pelanggaran undang-undang trafik serta kegiatan samseng jalanan.

Polis Selangor menerusi hantaran di Facebook berkata, operasi berkenaan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Operasi ini dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan, selain memastikan keselamatan, ketenteraman serta pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Operasi itu dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut kenyataan itu, dalam operasi sama, AADK menjalankan 22 saringan air kencing secara rambang membabitkan 17 lelaki dan lima wanita, namun tiada individu disahkan positif dadah.

“Sebanyak 92 saman dikeluarkan oleh IPK Selangor dan 24 lagi oleh JSPT Bukit Aman atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

Terdahulu, operasi itu disertai lima pegawai kanan dan 16 pegawai rendah polis JSPT IPK Selangor, 30 anggota JPJ, lapan anggota serta seorang pegawai AADK dan 52 anggota polis daripada bantuan sumber manusia.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan, dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Edward Kondokor turut hadir ketika operasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here