KUALA LUMPUR – Anak bekas Presiden UMNO, Nooryana Najwa dilantik menjadi Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO.
Perkara itu disahkan menerusi hantaran Facebook Pergerakan Puteri UMNO yang menunjukkan gambar Ketua sayap parti itu Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyerahkan surat pelantikan kepada Nooryana.
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nooryana Najwa Najib atas pelantikan sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Selamat bertugas Yana Najib,” menurut kapsyen pada gambar.
Norryana, 38, yang merupakan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa yang sama juga merupakan Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai.
Sebagai rekod, Ketua Penerangan Pergerakan sebelum ini dijawat oleh Shamellya Norazizi. – MalaysiaGazette
















