Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi dikejarkan ke Hopsital Kulim, Kedah selepas terjatuh ke dalam longkang jam 7.30 malam ini.

KULIM – Dua kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, dua lagi kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun turut terjatuh namun diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Kulim.

Bagaimanapun status kedua-dua mangsa tersebut masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, anggota dari Balai Polis Sungai Karangan yang tiba di lokasi mendapati dua kanak-kanak telah dibawa ke Hospital Kulim.

“Manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular rakaman video dan gambar di media sosial yang memaparkan orang awam menyelamatkan mangsa-mangsa berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here