Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya dihempap batu dalam kejadian di kawasan kuari, di Mukim Sungai Raya, Keramat Pulai, Ipoh pada petang Isnin. Foto JBPM Perak

IPOH – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya dihempap batu ketika melakukan kerja-kerja kuari di kawasan kuari di Mukim Sungai Raya, Keramat Pulai, di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa, M. Sivakumar, 53, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.18 petang.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan BBP Gopeng digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebuah lori membawa muatan batu kuari dihempap batu ketika menjalankan kerja-kerja kuari dengan seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ketua operasi melaksanakan penilaian awal lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dan anggota kemudiannya menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.22 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here