Gambar hiasan

KUANTAN – Polis menahan lima Orang Asli kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera, semalam.

Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Beliau berkata semasa operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 hingga 60-an bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga menimbulkan salah faham dan mengganggu ketenteraman.

Beberapa video rakaman kejadian itu turut tular melalui media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here