Tangkap layar video tular seorang remaja bawah umur memandu kereta hingga melanggar kereta lain.

PERAI – Video memaparkan seorang remaja perempuan bawah umur memandu sebuah kereta sebelum dipercayai melanggar beberapa kenderaan serta tiang di kawasan medan selera Taman Chai Leng di sini, semalam, tular di media sosial.

Video berdurasi 45 saat itu turut memaparkan orang ramai cuba menghalang kereta berkenaan daripada terus bergerak sebelum mendapati pemandunya adalah remaja berusia 14 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang membabitkan sebuah kereta jenis Inokom Atos yang dipercayai dipandu remaja berkenaan dari sebuah rumah ibadat tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia kemudian dipercayai melanggar dua kenderaan dan tiang di antara dua gerai di kawasan berkenaan sebelum dihalang orang ramai bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Difahamkan, anggota polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan remaja terbabit sebelum ahli keluarganya tiba tidak lama kemudian.

Tiada mangsa cedera dalam kejadian itu, manakala kereta terbabit yang mengalami kerosakan ditunda menggunakan trak tunda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here