KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Tasek Ipoh, Perak mencatat bacaan tertinggi iaitu 186 setakat jam 12 tengahari tadi.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Seri Manjung, Perak pula merekodkan bacaan 181, diikuti Kuching, Sarawak (161), Pegoh Ipoh, Perak (160) dan Sungai Petani, Kedah serta Johan Setia, Selangor masing-masing dengan bacaan 159.
IPD Serian, Sarawak mencatat bacaan 158, manakala Minden dan Taiping masing-masing merekodkan bacaan 156.
Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Putrajaya masing-masing mencatat bacaan 155, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (154), Nilai, Negeri Sembilan (154), Jerantut, Pahang (154) serta Kuala Terengganu (154).
Seberang Perai, Pulau Pinang, Batu Muda, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Batu Pahat, Johor masing-masing merekodkan bacaan 153.
Tanjung Malim, Perak dan Samarahan, Sarawak pula masing-masing mencatat bacaan 152, diikuti Bukit Rambai, Melaka (150), Banting, Selangor (147) dan Kluang, Johor (140).
Seremban, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan 136, manakala Tangkak, Johor mencatat 122.
Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan 120, diikuti Segamat, Johor (118) dan Petaling Jaya, Selangor (110).
Sementara itu, sebanyak 32 kawasan lagi merekodkan bacaan pada tahap sederhana, dengan Temerloh, Pahang mencatat bacaan tertinggi dalam kategori berkenaan iaitu 95.
Kuala Selangor, Selangor merekodkan bacaan 94, manakala Indera Mahkota Kuantan, Pahang dan Besut, Terengganu masing-masing mencatat 93.
Balik Pulau, Pulau Pinang, Larkin, Johor, Kemaman dan Paka, Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 92, manakala Pasir Gudang, Johor dan Balok Baru Kuantan, Pahang masing-masing mencatat 91.
Tanah Merah dan Kota Bharu, Kelantan masing-masing mencatat bacaan 90, diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan (87), Alor Setar, Kedah (84), Sri Aman, Sarawak (84) dan Rompin, Pahang (80).
Kota Tinggi, Johor mencatat bacaan 71, manakala Kangar, Perlis, Langkawi, Kedah dan Pengerang, Johor masing-masing merekodkan 70.
Bintulu, Sarawak mencatat bacaan 62, diikuti Tawau, Sabah (61), Sibu, Sarawak (60), Samalaju, Sarawak (59), ILP Miri, Sarawak (55), Labuan dan Miri, Sarawak masing-masing dengan bacaan 54.
Kimanis, Sabah, Limbang dan Sarikei, Sarawak masing-masing mencatat bacaan 52, manakala Kulim Hi-Tech, Kedah dan Klang, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 100 berdasarkan data yang diberikan.
Dalam kategori baik pula, Keningau dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah masing-masing mencatat bacaan 45, diikuti Mukah, Sarawak (41), Kapit, Sarawak (40), Sandakan, Sabah (35) dan Kota Kinabalu, Sabah (30). – MalaysiaGazette
















