KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berjaya mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Profesional (Exco) dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025 hingga 2029.
Beliau diumumkan sebagai pemenang pada Kongres Luar Biasa FAM hari ini selepas meraih 22 undi mengatasi Azlan Johar yang meraih tiga undi.
Pada Kongres Tahunan FAM 2025, Zainal Abidin turut diumum sebagai pemenang salah satu daripada lapan kerusi Exco FAM selepas meraih 18 undi.
Bekas pengendali Selangor dan Pahang ketika itu mendapat 18 undi sekaligus jumlah undian tertinggi dalam kalangan 14 calon yang bertanding bagi jawatan Exco.
Sementara ituk, Datuk Seri Rosmadi Ismail memenangi kerusi Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres Luar Biasa badan induk itu.
Rosmadi diumumkan pemenang selepas meraih majoriti sebanyak 15 undi, sekali gus mengatasi dua lagi calon iaitu Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar yang masing-masing meraih lima undi. – MalaysiaGazette
















