KUALA LUMPUR – Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo disahkan layak menyarung jersi Harimau Malaya selepas mendapat kelulusan daripada FIFA.
Malah, beliau menjangkakan senarai nama pemain yang dipanggil bakal diumumkan pada Jumaat sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 di Jakarta, Indonesia pada penghujung bulan ini.
“Soalan yang bagus, Hidalgo baru dapat (surat kelulusan) dari FIFA semalam (Rabu). Senarai nama pemain Malaysia akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Berkemungkinan esok.
“Shane Lowry masih belum lagi,” katanya pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM, di sini, hari ini.
Sebelum ini, rakan sepasukan Hidalgo di JDT, Bergson Da Silva dan Brad Tapp sudah pun mendapat kelulusan daripada FIFA bagi menyarung jersi skuad negara dan memperkuat cabaran menjelang tempoh antarabangsa FIFA yang akan datang.
“Berkenaan Gallifuoco bagi saya semak dahulu dan mendapatkan maklumat terperinci sebab mungkin permohonannya ada sedikit masalah teknikal,” katanya. – MalaysiaGazette
















