Ab Rauf melakukan gimik melepaskan sebahagian daripada 630 ekor anak penyu karah sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Padang Kemunting, Masjid Tanah, hari ini.

MELAKA – Tanjung Bidara di sini berpotensi menjadi tumpuan peminat marin apabila menjadi pusat pendaratan penyu spesies Karah yang dianggap tercantik di negara ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pantai Padang Kemunting di Tanjung Bidara menjadi satu-satunya lokasi pendaratan spesies berkenaan di Selat Melaka.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan negeri akan menaik taraf
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting bagi menarik lebih ramai pelancong ke Tanjung Bidara.

“Potensi untuk memajukan kawasan Padang Kemunting ini sebagai satu destinasi pelancongan baharu akan kita buat kajian terperinci.

“Ini supaya kawasan ini nanti akan jadi tarikan pelancong untuk melihat musim penyu bertelur nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program pelepasan anak penyu di pusat konservasi itu hari ini.

Sebanyak 600 anak penyu spesies Karah dilepaskan ke perairan Tanjung Bidara.

Seekor daripada 630 ekor anak penyu Karah yang dilepaskan sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Padang Kemunting, Masjid Tanah, hari ini.

Menurut Ab Rauf, sehingga kini, pusat konservasi berkenaan telah menerima 80,000 pengunjung yang berkunjung untuk melihat sendiri penyu spesies karah di galeri sedia ada.

“Di pusat konservasi ini ada galeri, pusat pembiakan dan kolam memelihara penyu Karah.

“Kawasan ini akan menjadi pusat promosi produk pelancongan baharu apabila semua kelengkapan kita sediakan nanti,” ujarnya.

Ab Rauf melakukan gimik melepaskan sebahagian daripada 630 ekor anak penyu karah sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Padang Kemunting, Masjid Tanah, hari ini.

Antara kemudahan yang bakal dinaik taraf ujarnya, termasuk informasi berhubung jadual penyu mendarat dan bertelur.

Bagaimanapun katanya, Melaka tidak berhasrat untuk bersaing dengan Terengganu yang terkenal sebagai pusat pendaratan penyu Belimbing.

Ini kerana kedua-dua negeri itu menjadi pusat pendaratan penyu daripada spesies yang berbeza. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here