Nur Erina Khalisha Md Zaini bersama pasukannya dalam Kejohanan Silat Laga Badai Selat Melaka di Tanjung Bidara hari ini.

MELAKA – Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Itu peribahasa paling tepat menggambarkan bakat pesilat cilik, Nur Erina Khalisha Md Zaini, 14, dalam seni Silat Gayong yang diwarisi daripada bapanya.

Nur Erina Khalisha

Bakat yang diwarisi itu tidak sia-sia apabila dia membantu persatuan silatnya, Pertubuhan Silat Seni Gayong Naga Sakti Malaysia muncul juara pada Kejohanan Silat Laga Badai Selat Melaka di Tanjung Bidara hari ini.

Nur Erina Khalisha ketika ditemui terkejut apabila persatuan silatnya diumum sebagai juara dalam kejohanan berkenaan.

“Saya tak sangka sebenarnya dan terkejut jugak sebab persatuan lain pun hebat juga,” katanya yang belajar di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur.

Menceritakan bagaimana dia mula meminati aktiviti persilatan, dia berkata, bapanya adalah seorang guru Silat Gayong.

“Bapa saya memang guru silat. Lepas itu adik saya pun masuk silat Apabila saya tengok mereka membuat latihan, saya mula tertarik untuk masuk. Jadi saya pun mengikuti silat,” katanya.

Rakan sepasukannya pula, Nur Iska Najwa Mohd Fuad, 11, berkata, dia menyertai persatuan silat untuk mempertahankan diri dan membentuk disiplin diri

Dia tertarik menyertai aktiviti persilatan itu kerana mengikuti rakan-rakan yang telah menyertai dan mengakui tidak menyangka akan muncul juara kerana pasukan yang turut bertanding adalah hebat.

Pada majlis penutup itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan hadiah kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Naga Sakti Malaysia sebagai juara keseluruhan Kejohanan Silat Laga Badai Selat Melaka di Tanjung Bidara hari ini.

Majlis itu diadakan pada Pesta Pantai Tanjung Bidara sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) peringkat DUN Tanjung Bidara hari ini. – MalaysiaGazzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here