Mohamad Fauzi Ishak

JOHOR BAHRU – Kelab Media Johor (KMJ) menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan, hubungan atau penglibatan dengan mana-mana akaun Facebook Media Johor.

Justeru, kata Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak, segala maklumat, kenyataan, hantaran atau kandungan yang diterbitkan melalui akaun Facebook tersebut bukan dikeluarkan, disahkan atau mewakili pendirian KMJ.

“Untuk makluman semua, Kelab Media Johor hanya mempunyai satu akaun rasmi bernama Kelab Media Johor, sebagai saluran penyampaian maklumat dan aktiviti kelab.

“Sehubungan itu, orang ramai, ahli kelab serta pihak berkepentingan dinasihatkan agar tidak mengaitkan sebarang kandungan daripada mana-manaakaun termasuk Media Johor dengan Kelab Media Johor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai merujuk hanya kepada saluran rasmi KMJ di semua platform bagi mendapatkan maklumat yang sahih.

Pihak KMJ katanya, tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat atau kenyataan disebarkan melalui akaun yang tidak berkaitan dengan kelab berkenaan.

Terdahulu akaun Facebook Media Johor menyiarkan kenyataan: ‘Datuk Shamsul Ahmad, CEO TNB menyalahkan pengguna dengan kenaikan bil luar biasa’.

Kenyataan tersebut menimbulkan salah faham sehingga ada pihak menyangkakan kenyataan itu dikeluarkan KMJ.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here