Remaja 17 tahun, Qaseh Atika Mohd Naim Abdullah hilang sejak Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Ukay Perdana, Ampang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, laporan kehilangan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun pada kira-kira jam 10.31 malam hari sama.

Katanya, remaja berkenaan dikenali sebagai Qaseh Atika Mohd Naim Abdullah.

“Orang hilang (OH) berusia 17 tahun dengan ketinggian 157 sentimeter dan berat 48 kilogram, berambut hitam panjang separas separuh badan serta warna kulit hitam manis,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, lokasi terakhir remaja itu ialah di Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.

Khairul Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.

Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, SM Nurul Faten Nadia binti Nor Azmi di talian 011-2600 1158,” katanya.

Sementara iitu katanya, orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak di bawah jagaan dan tidak membenarkan mereka keluar bersendirian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here