Pearly Tan-M. Thinaah. Foto FB BAM.

NAGOYA – P.V. Sindhu dari India meraih kemenangan mudah ketika India menewaskan Kazakhstan 3-0 untuk mara ke suku akhir badminton berpasukan wanita pada Sukan Asia hari ini manakala Malaysia turut mara selepas menewaskan Hong Kong, China dengan keputusan sama, lapor Xinhua.

Sindhu, pemenang dua pingat Olimpik, membuka perlawanan pusingan 16 dengan kemenangan dominan 21-7, 21-9 ke atas Kamila Smagulova dalam tempoh hanya 24 minit. Unnati Hooda kemudian mencatat kemenangan 21-7, 21-10 ke atas Alissa Kuleshova, sebelum Tanvi Sharma melengkapkan kemenangan bergaya itu dengan menewaskan Diana Namenova 21-5, 21-10.

Pasangan beregu India tidak diperlukan untuk turun beraksi.

Keputusan itu menyaksikan India bakal berdepan tuan rumah Jepun pada suku akhir, Selasa. India hanya pernah memenangi satu pingat dalam acara berpasukan wanita di Sukan Asia, iaitu gangsa pada 2014.

“Ramai pemain wanita beraksi buat kali pertama di Sukan Asia. Saya akan memberitahu mereka perkara yang dilakukan dengan baik dan kesilapan yang dilakukan. Sebagai pemain berpengalaman, saya rasa itu satu tanggungjawab,” kata Sindhu, 31.

Malaysia turut mara ke suku akhir selepas menewaskan Hong Kong, China 3-0. Karupathevan Letshanaa menewaskan Lo Sin Yan 21-9, 21-16 dalam perlawanan perseorangan pembukaan. Pasangan pemain nombor lima dunia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, kemudian mencatat kemenangan 21-11, 21-17 ke atas Yeung Nga Ting dan Yeung Pui Lam dalam acara beregu.

Wong Ling Ching mengesahkan kemenangan Malaysia dalam perlawanan perseorangan ketiga selepas menewaskan Liang Ka Wing 21-17, 21-14.

Malaysia akan berdepan juara bertahan Korea Selatan pada suku akhir.

Indonesia turut mara selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Mongolia. – BERNAMA-XINHUA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here