Mohd Safwan Jaafar

KUALA LUMPUR –  Pemuda UMNO Negeri Kedah membidas kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah yang mendakwa gesaan membubarkan Parlimen bercanggah dengan pendirian Presiden UMNO.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Safwan Jaafar, desakan bubar Parlimen itu adalah selari dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah mencabar pihak tertentu semasa Pehimpunan Agung UMNO baru-baru ini agar bubarkan parlimen bagi memberi jalan PRU-16 atau keluarkan BN dari Kerajaan Madani.

“Semasa PAU juga mood hadirin adalah mahu PRU-16 disegerakan. Mungkin jurucakap PH Kedah itu belum cukup memahami kemahuan orang UMNO sekarang.

“Harus juga dilihat, desakan bubar Parlimen dibuat berdasarkan keadaan politik semasa selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Ia bukan bermaksud UMNO mahu keluar daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Safwan, UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal namun itu tidak bermakna UMNO perlu berdiam diri dan tidak boleh menegur apabila kerajaan dilihat semakin bercelaru.

“Kalau UMNO diminta menghormati tanggungjawab bersama dalam Kabinet, perkara yang sama juga mesti dikenakan kepada DAP. Jangan apabila UMNO bersuara dikatakan mengganggu kestabilan tetapi apabila pemimpin DAP mahu meletakkan jawatan, dianggap sebagai tindakan bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Mohd Safwan, jika Kerajaan Madani benar-benar kukuh dan masih dipercayai rakyat, hentikan drama politik dan tumpukan usaha menyelesaikan masalah kos sara hidup. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here