KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-44,” titah Seri Paduka yang menitipkan ucapan ringkas menerusi hantaran di media sosial.
Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 22 September 1982 dalam satu istiadat gilang-gemilang di Johor Bahru, Johor.
Hasil perkahwinan itu, baginda berdua dikurniakan enam cahaya mata iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. – MalaysiaGazette
















