KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan seolah-olah parti itu akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Ahmad Fadhli berkata, perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
“Melaka sudah memanggil. Perpaduan ummah sekali lagi bakal direalisasikan. Insya Allah PH (Pakatan Harapan) bakal bertemu kekalahan berikutnya,” katanya.
Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa esok, sekali gus membuka laluan kepada PRN ke-16.
Pada PRN Melaka pada 2021, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Sebelum ini, kerjasama antara BN dan Pas-Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan memberi kemenangan besar kepada kedua-dua parti tersebut yang berjaya merampas kerajaan negeri daripada PH. – MalaysiaGazette
















