Foto FB MSN.

KUALA LUMPUR – Atlet karate, Adeola Fay Robert menceriakan kem negara apabila meraih pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun hari ini.

Kejayaan penuh manis itu hadir selepas dia menewaskan wakil Iran, Fatemeh Zahra Saeidabadi 6-4 dalam final kumite wanita bawah 55 kilogram (kg).

Emas Adeola turut menjadikan skuad karate kebangsaan mengumpul tiga pingat, sekali gus memberikan suntikan penting kepada kempen kutipan pingat Malaysia pada temasya sukan tersebut.

Karate sebelum itu menyumbang dua pingat pertama Malaysia pada temasya berkenaan, Ahad lalu, dengan K Thevendran meraih gangsa dalam acara kumite lelaki bawah 55kg manakala H Sureeya Sankar turut meraih gangsa dalam acara lelaki bawah 60kg. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here