Tangkap layar video tular insiden di media sosial.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari bumbung tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Nipah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, kejadian pukul 9.25 malam itu dikesan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki berkenaan yang dipercayai cuba terjun dari bangunan terbabit.

Menurutnya, susulan maklumat itu, anggota polis digerakkan ke lokasi dan mendapati lelaki berkenaan berada di bahagian bumbung tingkat empat.

“Pihak berkuasa kemudiannya berusaha memujuk serta menenangkan lelaki berkenaan sebelum dia berjaya diselamatkan pihak berkuasa kira-kira 11.10 malam.

“Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan ambulans bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keadaan lelaki berkenaan dilaporkan stabil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here