Seorang anggota bomba memadam api dalam kejadian kebakaran kilang di Kampung Cheras Baru, malam tadi. Gambar: Facebook Balai Bomba Jalan Hang Tuah.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah di Kampung Cheras Baru, dekat sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi tiga minit kemudian sebelum operasi pemadaman dibantu anggota BBP Ampang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Hang Tuah.

“Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Baru Ampang, Kampung Kepong Batu, Serdang, Desa Petaling, Bandar Mahkota Cheras dan Pandan Indah turut membantu operasi pemadaman.

“Kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashrul berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.24 pagi.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas beberapa rakaman dikongsikan pengguna yang memaparkan api menjulang tinggi bersama kepulan asap tebal dari kawasan kebakaran. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here