Jerebu tebal menyelubungi kawasan kampus Samarahan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak sehingga menjejaskan jarak penglihatan dan suasana persekitaran. foto Facebook Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak.

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 178.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di negeri itu yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).

Sementara itu, 61 kawasan di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (73); Kota Kinabalu, Sabah (63); Balik Pulau, Pulau Pinang (55); dan Kangar, Perlis (52), manakala 3 kawasan lagi merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here