Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, 7 Oktober ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pelaksanaan mesyuarat khas itu berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Rabu lalu.

“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

“Perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh-tarikh penting PRN Melaka Ke-16 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan, bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Shahril berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

Pada Selasa lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, sekali gus membuka laluan kepada PRN Melaka Ke-16. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here