Hamzah menyantuni peserta larian Melaka Coastal Run 2026 di Pantai Puteri, Melaka hari ini.

MELAKA – Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin memilih untuk tidak mendedahkan perkembangan rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang sebaliknya hanya berseloroh ketika ditanya wartawan sama ada rundingan kerusi antara parti-parti yang bakal bertanding sudah bermula.

“You banyak nak tanya politik ni pasal apa? Kami nak berjalan dulu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Melaka Coastal Run 2026 di Pantai Puteri di sini hari ini.

DUN Melaka dibubarkan Selasa lalu bagi memberi laluan kepada PRN sekali gus pembahagian kerusi dengan BN menjadi antara perkara utama yang perlu dimuktamadkan parti-parti politik menjelang PRN kali ini.

Khamis lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, BN kekal dengan pendirian untuk mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada PRN 2021.

Malah tegas Pengerusi BN negeri itu, tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung sementara semua kegiatan PN tidak menghalang BN untuk mencari persefahaman politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu.

Jelasnya, undingan termasuk dengan PN yang dianggotai Pas, Wawasan, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) itu tidak memberi kesan terhadap hala tuju BN kerana rundingan politik tetap akan dilaksanakan secara rasmi apabila tiba waktunya.

Hamzah Zainudin

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut menyelitkan sindiran terhadap pendekatan politik semasa ketika mengulas penganjuran Melaka Coastal Run 2026.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan tadi pendaftaran (Melaka Coastal Run 2026)sudah dekat 2,000 orang dan boleh diteruskan setiap tahun bagi mengembalikan minat rakyat terhadap Melaka dan membantu memperkukuh sektor pelancongan negeri.

“Ini menunjukkan bahawa kepimpinan yang ada di negeri Melaka melalui Wawasan Negara ini, mereka lebih pandang jauh ke hadapan daripada hanya syok sendiri,” katanya.

Menurutnya, program itu dirancang hanya beberapa hari sebelum pengumuman pembubaran DUN Melaka.

“Kita tak tahu pun bahawa mereka nak membubarkan pada hari Selasa. Saya dan Tan Sri (Naib Presiden Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik) dan kata, ‘Why not kita buat sesuatu yang pada hari Sabtu’,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here