Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR – Seramai 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan akan dirakam keterangan berkaitan isu adat dan perlembangaan yang berlaku di negeri itu bermula esok. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihak polis akan mengambil keterangan kesemua exco berkenaan bermula Isnin ini di Negeri Sembilan.

“Tindakan ini bagi membantu siasatan berdasarkan laporan-laporan polis yang dibuat dan diterima sebelum ini,” katanya dihubungi media hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim serta barisan exconya.

Exco yang terlibat adalah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Setiausaha Agung Putra Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dilaporkan berkata, parti itu berpandangan tindakan berkenaan wajar disiasat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Susulan isu adat di negeri tersebut, pelantikan 10 Exco terbabit adalah terbatal dan sah mengikut peruntukan undang-undang negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilapor menjelaskan, warta pembatalan lantikan itu bermula 20 September lalu oleh Tuanku Muhriz mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here