Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim hadir pada mesyuarat 25 ADUN Negeri Sembilan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilihat cuba mengelak daripada media ketika tiba di pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Beliau juga enggan menoleh ketika namanya dipanggil petugas media untuk dirakam foto.

Ismail bersama 24 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan hadir bagi mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama ADUN BN Johol, Datuk Saiful Yazan bin Sulaiman dan ADUN PAS Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa hadir pada mesyuarat 25 ADUN Negeri Sembilan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2026.

Sempat ditangkap lensa Malaysia Gazette adalah ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Turut kelihatan tiga daripada 10 bekas Exco kerajaan negeri yang dibatalkan pelantikan pada 20 September lalu iaitu ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli, ADUN BN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris dan ADUN Sikamat, Datuk Razali Abu Samah.

ADUN BN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli hadir pada mesyuarat 25 ADUN Negeri Sembilan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2026.

Terdahulu, semasa sidang media ketika menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia, Zahid berkata, beliau akan memanggil 25 ADUN Negeri Sembilan malam ini.

ADUN BN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris hadir pada mesyuarat 25 ADUN Negeri Sembilan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2026.

Katanya, pertemuan itu akan melibatkan semua ADUN BN selain wakil rakyat Pas dan Wawasan bagi menyelaras langkah seterusnya dalam mencari penyelesaian terbaik di peringkat negeri.

Tambah beliau, beberapa pilihan akan dibincangkan dalam pertemuan itu sebelum satu penyelesaian diputuskan dengan mengambil kira ketetapan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here