JOHOR BAHRU – Negara akan sentiasa mengenang jasa, bakti dan sumbangan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad yang diberikan sepanjang hayatnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja buat keluarga, malah buat negara.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini.

“Di kesempatan ini, saya ingin meminta jasa baik seluruh Bangsa Johor untuk bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya dalam hantaran menerusi Facebook miliknya.

Allahyarhamah berusia 100 tahun,  dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarhamah antara wanita Melayu terawal bergelar doktor perubatan dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here