Barisan Nasional (BN) Melaka tidak menjurus kepada mana-mana gabungan sebagai rakan strategik menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak akan bersama BN.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ruang kerjasama masih terbuka dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas penelitian mendalam serta diputuskan kepimpinan tertinggi UMNO.
Beliau turut menegaskan pendirian PH adalah hak gabungan itu dan BN tidak akan memaksa mana-mana pihak untuk bekerjasama.
















