Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM37.37 juta, sembilan tahun lalu.
Azlizan Fadzil 52 tahun yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.















