Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berucap pada Program Hari Integrasi PROLINTAS 2018 di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 26 NOVEMBER 2018

SUBANG – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah tidak menafikan wujudnya salah laku dalam syarikat konsesi itu sebelum ini.

Namun jelasnya tindakan yang sepatutnya telah terhadap pihak yang berkenaan menerusi proses betul termasuk audit dalaman.

“Ada sudah tentu dari segi salah laku, kita ada proses yang kita lalui dan telah pun diambil tindakan dengan sewajarnya dan kali ini kita mahu mempertingkat lagi, lebih serius dalam mengelak bukannya reaktif kami lebih menekankan elemen pencegahan
Pihak kami bekerjasama dengan SPRM mengambil panduan dari pihak itu.

“Kita ada proses audit dalaman, kita ada jabatan pengurusan risiko yang mana lazimnya fungsi kedua-dua ini adalah untuk mencegah dan juga membanteras elemen-elemen negatif tapi dengan adanya Jabatan Intergriti dapat mengukuhkan lagi hasrat kita untuk menjamin bahawa apa yang kita buat adalah berlandaskan elemen-elemen yang kita tekankan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Intergriti PROLINTAS 2018 hari ini.

Sehubungan itu, PROLINTAS menjadi syarikat konsesi lebuhraya yang bertama menubuhkan Unit Intergriti dan Governans (IGU),menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini sebagai langkah serius untuk penguatkuasaan disiplin dan memastikan aspek intergriti warganya dapat dikekalkan.

“Secara rasmi pihak kami menubuhkan Jabatan Intergriti pada tahun lepas dan kami telah melalui fasa kesedaran pada setiap lapisan kakitangan kita dan pihak-pihak yang berurusniaga dengan kami dan selepas ini fasa yang selanjutnya yakni penekanan dari sudut penguatkuasaan ditekankan jadi penglibatan Jabatan Intergriti secara menyeluruh dalam proses-proses tatacara syarikat secara amnya,” tambahnya.

Mohammad Azlan turut memaklumkan PROLINTAS telah mengeluarkan buku Kod Etika Perniagaan dan Tatakelakuan (CoBE) dan Kod Tatakelakuan Pembekal (SCOC) yang digunakan sebagai garis panduan kepada warga kerja dan pembekal syarikT untuk memastikan proses kerja lebih telus.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast