JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad tiba di Lapangan Terbang Interurbans Senai (LTAS), di sini, hari ini, bagi menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene.
Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas pukul 3.30 petang dan disambut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Turut hadir, barisan exco Kerajaan Negeri dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor, PM adakan perbincangan biasa
Difahamkan, ia pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lepas.
Dr Mahathir dijangka berlepas pulang ke ibu negara pukul 5.30 petang ini selepas selesai pertemuan itu.
— BERNAMA
ARTIKEL BERKAITAN:
http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/08/tun-m-akan-bertemu-sultan-johor-khamis/
















