KUALA LUMPUR – Plaza tol Bukit Kiara di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) beroperasi sepenuhnya sebentar tadi selepas mengalami kesesakan teruk akibat kerosakan akibat gangguan elektrik petang tadi.

Menurut Twitter SPRINT Highway, akibatnya ia menyebabkan kesesakan luar jangka  yang mengakibatkan kesesakan luar biasa.

“Plaza Tol Bukit Kiara beroperasi sepenuhnya, anggota ronda masih di lokasi pemantauan, trafik lancar. Kesesakan berpunca gangguan bekalan elektrik di Plaza Tol Bukit Kiara,” demikian tulis Twitter SPRINT Highway itu.

IMG-20190603-WA0036

Plaza tol tersebut kembali beroperasi sepenuhnya jam 9.25 malam tadi.

Difahamkan, semasa kerosakan kesemua kutipan tol di semua lorong dilakukan secara manual.

Mengikut Twitter SPRINT Highway, gangguan elektrik di kawasan itu berlaku sekali tiga hari lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast