gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik perlahan dari Sg Buloh ke Jalan Duta, Slim River ke Tapah dan Rawang ke Sg Buaya berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng serta dari Seremban ke Hentian Sebelah Senawang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah berikutan hujan.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar.” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast