Chelsea capai persetujuan bersama real Madrid untuk melepaskan Hazard ke Bernabeu dengan harga 115 juta pound.

SEPANYOL – Real Madrid dan Chelsea sudah mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan untuk Eden Hazard.

Difahamkan yuran perpindahan 88.5 juta pound telah dipersetujui kedua dua kelab bagi membolehkan bintang Belgium itu menyertai Bernabeu.

Hazard merupakan sasaran utama Zidane untuk memprkuatkan jentera serangan Galacticos menjelang musim La Liga 2019/2020.

Hazard masih berbaki kontrak setahun beesama the Blues di Stamford Bridge dan tidak mahu menyambung kontrak bersama Chelsea.

Laporan di Sepanyol mendakwa Madrid akan mengumumkan pembelian Hazard secara rasmi dalam tempoh masa terdekat ini.

Setakat ini Madrid sudah menandatangani Luka Jovic dari Eintracht Frankfurt dengan nilai 58 juta pound dan Eder Militao dari Porto (44 juta pound).

“Ini kerana ia telah terlibat dengan kemalangan dan sedang dilaksanakan kerja kerja pendawaian dan pemasangan semula,” kata jabatan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast