DUBAI – Iran mahu mengeksport minyaknya dengan kapasiti minimum 700,000 hingga 1.5 juta tong sehari jika negara-negara Barat mahu merunding bagi menyelamatkan perjanjian nuklear 2015.

“Sebagai isyarat muhibah dan langkah ke arah mewujudkan ruang untuk rundingan, kami telah memberi respons kepada cadangan Perancis.

“Kami ingin mengeksport 700,000 tong minyak dan mendapat bayaran secara tunai … dan itu hanya untuk permulaan. Ia sepatutnya sampai kepada 1.5 juta tong sehari, “kata seorang diplomat yang enggan dikenali.

Seorang lagi sumber memaklumkan, program peluru berpandu balistik Iran tidak boleh dan tidak akan dirundingkan.
“Kami telah menggariskannya secara jelas dan terbuka,” ujar mereka.

Namun, mereka tidak mengulas lanjut mengenai rujukan kepada cadangan Perancis.

Seorang diplomat Iran berkata, Tehran juga menolak sebarang rundingan mengenai “hak untuk memperkayakan uranium, kitaran bahan bakar nuklear buatannya … dan sebagai balasan Iran akan komited sepenuhnya kepada pakatan nuklear 2015”

Sumber industri memberitahu Reuters bahawa eksport minyak Iran jatuh pada bulan Julai kepada serendah 100,000 tong sehari kerana sekatan yang dikenakan ke atas oleh Amerika Syarikat sejak Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian itu pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast