Ab Rauf Yusoh Speaker Melaka state assembly dissolved government election
Ab Rauf Yusoh

KUALA LUMPUR – Penyatuan ummah antara UMNO dan Pas akan dilihat sebagai titik permulaan kebangkitan Melayu dan Islam di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, himpunan pada Sabtu ini merupakan penyatuan dua parti Melayu terbesar untuk melakarkan sejarah baru dalam politik Malaysia.

“Kita bersepakat menentukan perjanjian dan hala politik pada 14 September ini dan kita yakin dengan penyatuan ummah ini kita akan kembali menjadi kuat dan hebat demi bangsa dan agama,” katanya memetik laporan UMNO Online hari ini.

Katanya, selepas Sabtu ini, ia akan membuka lembaran baharu dalam politik negara untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

“Kerajaan PH buat masalah lagi macam-macam tak putus-putus, rakyat yang tak senang…. orang kata kalau pangkal busuk hujung mesti busuk seperti PH yang dulu berbohong hingga jadi kerajaan pun nak berbohong. Cukuplah kita kena bohong tak mungkin berulang  kali kedua,” katanya lagi.

UMNO dan Pas bakal memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September depan.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta Pas dari seluruh negara. -MalaysiaGazette

“Kita bersepakat menentukan perjanjian dan hala politik pada 14 September ini dan kita yakin dengan penyatuan ummah ini kita akan kembali menjadi kuat dan hebat demi bangsa dan agama,” katanya memetik laporan UMNO Online, hari ini.

Katanya, selepas Sabtu ini, ia akan membuka lembaran baharu dalam politik negara untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

“Kerajaan PH buat masalah lagi macam-macam tak putus-putus, rakyat yang tak senang…. orang kata kalau pangkal busuk hujung mesti busuk seperti PH yang dulu berbohong hingga jadi kerajaan pun nak berbohong. Cukuplah kita kena bohong tak mungkin berulang  kali kedua,” katanya lagi.

UMNO dan Pas bakal memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September depan.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta Pas dari seluruh negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast