Teo Nie Ching. foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata rakyat harus menghentikan mencabar keabsahan sekolah vernakular.

Menurut beliau, sekolah-sekolah vernakular adalah aset penting dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

“Saya ucap tahniah kepada peguam Pejabat Peguam Negara ini menunjukkan bahawa pejabat AG dapat membela sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan.

“Saya harap pihak pemohon juga akan hentikan tindakan mereka untuk mencabar sekolah vernakular kerana seperti yang disebut oleh ramai pemimpin PH bahawa sekolah vernakular sepatutnya menjadi aset yang penting kepada kepelbagaian negara kita,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Nie Ching ditanya media mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak satu usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen.

Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

Pada 23 Oktober lalu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud, sebagai tidak berperlembagaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast