Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menasihati Presiden UMNO supaya jangan terlalu yakin mampu merampas Selangor dalam PRU-15.

“Usah terlalu yakin, Mr.President” ciapnya dalam Twitter merujuk kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi berserta ikon tangan bertakup menandakan tanda hormat hari ini.

Annuar mungkin tidak mahu rasa keyakinan itu menyebabkan rasa selesa dalam kalangan parti pembangkang.

Ahmad Zahid selepas merasmikan Muafakat Nasional Selangor malam tadi memberitahu sekiranya keutuhan gabungan UMNO dan Pas berkekalan, Selangor akan menjadi milik pembangkang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.