NEW DELHI – Sekumpulan doktor India telah mengeluarkan buah pinggang seberat 7.4 kilogram – saiznya seperti kelahiran dua orang bayi.

Ia dipercayai menjadi buah pinggang terbesar yang pernah dikeluarkan di India – buah pinggang biasanya mempunyai berat antara 120-150 gram.

Pesakit itu menderita penyakit yang dikenali sebagai Autosomal Dominant Kidney Polycystic Disease, yang menyebabkan cyst tumbuh di seluruh organ.

Seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan berkata, buah pinggang yang besar adalah biasa bagi pesakit dengan penyakit ini.

Bagaimanapun, Dr Sachin Kathuria, dari Hospital Sir Ganga Ram berkata, selalunya doktor tidak akan mengeluarkan organ itu kecuali ada gejala jangkitan dan pendarahan dalaman kerana ia berfungsi sebagai penapisan di dalam badan.

“Pesakit ini telah menghidapi jangkitan buruk yang tidak bertindak balas kepada antibiotik dan saiz buah pinggang yang besar menyebabkan kesukaran bernafas, jadi kami tidak mempunyai pilihan, selain mengeluarkannya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast