KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam mempunyai kebolehan, kekuatan dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain namun tidak mempunyai kemahuan untuk melakukannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata perkara itu menyebabkan mereka dilihat lemah dan mengakibatkan umat Islam terus ditindas, dikuasai dan dizalimi oleh orang lain.

“Dengan jumlah 52 negara Islam di dunia ini, tidak ada satu pun dianggap negara maju, apakah ini kerana larangan daripada agama kita supaya kita tidak maju. Apakah ini bermakna bahawa orang beragama Islam tidak maju, tidak dibenarkan maju.

“Saya ingin jelaskan bahawa kita mampu bersaing dengan mereka. Kita sama dengan orang asing ini…daripada segi kebolehan akal fikiran tapi kita tidak gunakan kurniaan Allah SWT itu dengan cara baik.. dengan cara yang membolehkan kita melindungi agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-58 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kali ke-58 di sini, hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast